SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

imbangan pembayaran

Imbangan Pembayaran adalah penyata statistik yang diringkaskan secara sistematik, bagi tempoh masa tertentu, transaksi ekonomi sesebuah ekonomi dengan negara lain di dunia.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
imbangan perdagangan

Imbanganperdagangan ialah perbezaan antara nilai eksport dan import. Apabila eksport melebihi import, lebihan direkodkan manakala defisit pula dicatatkan apabila import melebihi eksport.

Sumber : Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Bulanan
import

Sesuatu barang dianggap sebagai import apabila ianya dibawa masuk ke dalam negara, sama ada terus ataupun disimpan di gudang-gudang yang dikawal tanpa mengira sama ada barang tersebut adalah untuk kegunaan sendiri, diproses, digunakan dalam perkilangan ataupun untuk dieksport semula ke negara lain.    

Sumber : Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Bulanan
import perkhidmatan

Import perkhidmatan terdiri daripada perkhidmatan yang dibeli oleh residen daripada bukan residen: pengangkutan; perjalanan; komunikasi; pembinaan; insurans; kewangan; komputer dan maklumat; royalti dan yuran lesen; perkhidmatan perniagaan lain; persendirian, kebudayaan, dan aktiviti rekreasi; dan perkhidmatan kerajaan yang tidak diliputi di mana-mana.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
indeks harga

Indeks harga ialah purata bagi perubahan berkadar dalam harga bagi set barang dan perkhidmatan tertentu antara dua tempoh masa.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP