Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Harga Malar diperoleh melalui pemfaktoran terus perubahan atas masa dalam nilai aliran barang dan perkhidmatan kepada dua komponen yang mengambarkan perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan berkenaan dan perubahan dalam jumlahnya (i.e. perubahan dalam "terma harga malar").
Harga pasaran untuk transaksi adalah amaun wang yang pembeli sanggup bayar untuk memperoleh sesuatu daripada penjual yang rela.
Harga pembeli ialah amaun yang dibayar oleh pembeli tidak termasuk cukai nilai ditambah yang ditolak atau cukai serupa yang ditolak, untuk menerima penghantaran satu unit barang atau perkhidmatan pada masa dan tempat yang diperlukan oleh pembeli; harga pembeli termasuk caj pengangkutan yang dibayar berasingan oleh pembeli untuk menerima penghantaran pada masa dan tempat yang dikehendaki.
Harga pengeluar ialah amaun yang diterima oleh pihak pengeluar daripada pembeli bagi satu unit barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan sebagai output tolak sebarang cukai nilai ditambah (VAT), atau cukai serupa yang boleh dipotong dan diberi senarai harga kepada pembeli. Ia tidak termasuk caj pengangkutan yang diberi senarai harga berasingan oleh pihak pengeluar.
Harga dikatakan menjadi signifikan dari segi ekonomi apabila ia mempunyai pengaruh signifikan ke atas amaun yang sanggup dibekalkan oleh pengeluar dan atas amaun pembeli ingin membeli.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-