Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Harga barang atau perkhidmatan ialah nilai satu unit bagi barang atau perkhidmatan tertentu.
Harga Asas ialah amaun yang boleh diterima oleh pengeluar daripada pembeli bagi seunit barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan sebagai output tolak sebarang cukai yang mesti dibayar, dan dicampur sebarang subsidi yang diterima ke atas unit tersebut akibat daripada pengeluaran atau penjualannya; tidak termasuk mana-mana bayaran pengangkutan yang diberi senarai harga secara berasingan oleh pengeluar.
Harga C.i.f (i.e. kos, insurans dan harga tambang) ialah harga barang yang dihantar di sempadan negara yang mengimport, atau harga perkhidmatan yang dihantar kepada residen sebelum pembayaran sebarang duti import atau cukai import lain atau margin perdagangan dan pengangkutan di dalam negara.
Harga f.o.b. (free on board) ialah harga c.i.f tolak kos pengangkutan, bersama dengan bayaran insurans, di antara sempadan kastam negara pengeksport (pengimport) dan negara pengimport (pengeksport).
Harga jualan ialah nilai jualan bersih ditolak daripada diskaun, rebet dan elaun-elaun yang serupa yang diberikan, tetapi ia termasuk nilai barang yang ditukar beli atau yang didagangkan secara sistem barter sebagai sebahagian daripada jualan;
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-