Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Partikel pepejal atau titisan cecair dalam udara atau pelepasan yang saiznya 0.01-100µm, contohnya habuk, asap, wasap, semburan dan kabut.
Partikel terampai berukuran kurang daripada diameter 10 mikron. Pm10 boleh berbentuk pepejal atau cecair dan ia termasuk aerosol, debu, asap dan debunga. Partikel ini berpunca daripada stesen janakuasa, proses industri dan aktiviti pembakaran terbuka.
Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf pemastautin pemilik/pemilik-pemilik modal berbayar yang terbesar (melebihi 50 peratus) dan bukannya mengikut taraf kerakyatan mereka. Dalam kes di mana setiap pihak (residen Malaysia atau bukan residen Malaysia) memegang jumlah saham yang sama banyak dalam perniagaan berkenaan, pertubuhan itu dikelaskan di bawah ‘hak milik bersama’.
Residen Malaysia ialah individu, enterpris atau organisasi lain yang lazimnya terletak di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun. Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan dan diperbadankan di Malaysia adalah dianggap sebagai residen Malaysia.
Bukan residen Malaysia ialah individu, enterpris atau organisasi lain yang lazimnya terletak di negara lain selain Malaysia. Cawangan dan anak syarikat milik residen Malaysia di luar negara dianggap sebagai bukan residen.
Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.
Proses penghausan permukaan fizikal. Biasanya dikaitkan dengan kehilangan tanah disebabkan air, salji atau angin. Hakisan berlaku secara semula jadi dan menyebabkan bertambah buruk akibat pembersihan tanah yang berkaitan dengan aktiviti manusia seperti pertanian, perumahan atau perindustrian.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-