SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

akaun

Akaun adalah satu alat yang merekod, bagi aspek kehidupan ekonomi yang diberi, penggunaan dan sumber-sumber atau perubahan dalam aset dan perubahan dalam liabiliti dan/atau stok bagi aset dan liabiliti yang wujud  bagi masa tertentu. 

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
akaun pengeluaran

Akaun pengeluaran merekodkan aktiviti mengeluarkan barang dan perkhidmatan seperti yang ditakrifkan dalam SNA.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
akaun semasa

Ia mengukur peruntukan bersih sumber sebenar iaitu barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan sekunder kepada atau daripada seluruh dunia. Lebihan dalam akaun berlaku apabila pendapatan melebihi perbelanjaan, manakala defisit berlaku jika ia sebaliknya. Defisit dalam akaun semasa mungkin dibiayai oleh aliran masuk pelaburan asing atau pinjaman luar negara atau penggunaan dalam aset rizab.
 

Sumber : Imbangan Pembayaran Suku Tahunan
akaun semasa (imbangan pembayaran)

Akaun semasa (imbangan pembayaran) menunjukkan perincian barang dan perkhidmatan, pendapatan, dan pindahan semasa.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
aktiviti sampingan

Aktiviti Sampingan adalah aktiviti sokongan yang dijalankan di dalam satu enterpris bagi mewujudkan keadaan yang mana aktiviti utama atau sekunder dapat dijalankan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP