SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

ecological footprint

Tanah (dan air) di kawasan muka bumi atau kawasan tertentu yang diperlukan untuk menyokong samada gaya hidup semasa manusia atau corak penggunaan penduduk yang khusus.  Ini adalah bertentangan kepada daya muat membawa di sesuatu wilayah.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
eksport

Sesuatu barangan (keluaran atau buatan tempatan atau diimport untuk dieskport semula) dianggap sebagai eksport apabila ianya dibawa keluar dari negara.

Sumber : Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Bulanan
eksport barang

Eksport barang terdiri daripada eksport bagi item berikut daripada residen kepada bukan residen, secara umum melibatkan perubahan pemilikan: barang dagangan umum, barang untuk diproses, pembaikan ke atas barang, barang diperoleh daripada pelabuhan asing oleh pengangkut domestik dan emas bukan kewangan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
eksport perkhidmatan

Eksport perkhidmatan terdiri daripada perkhidmatan yang disediakan oleh residen kepada bukan residen seperti berikut: pengangkutan; perjalanan, komunikasi, pembinaan, insurans, kewangan, komputer dan maklumat; royalti dan yuran lesen; perkhidmatan perniagaan lain; persendirian, kebudayaan, dan aktiviti rekreasi; dan perkhidmatan kerajaan n.i.e.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
eksport semula

Sesuatu barang dianggap sebagai eksport semula apabila ianya dibawa keluar dari negara dalam keadaan seperti mana ianya diimport tanpa mengalami sebarang perubahan rupa. Proses membungkus semula, menyisih atau menggred tidak dikira sebagai satu proses perubahan rupa.

Sumber : Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Bulanan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP