SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

deflasi berganda

Deflasi berganda adalah kaedah yang mana nilai ditambah kasar diukur pada harga malar dengan ditolak penggunaan perantaraan pada harga malar daripada output pada harga malar.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
disentri

Disentri adalah cirit-birit akut yang mengandungi darah di dalam najis. Disentri  kebanyakannya  disebabkan  oleh  spesies  Shigella  (disentri bacillary) atau Entamoeba histolytica (disentri amoebic).
 

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
duti eksais

Duti eksais terdiri daripada cukai khas yang dilevi ke atas jenis barang tertentu, khususnya minuman beralkohol, tembakau dan, bahan api; ia mungkin dikenakan pada sebarang peringkat pengeluaran atau pengagihan dan kebiasaannya dinilai dengan merujuk kepada pemberat atau keupayaan atau kuantiti produk.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
duti eksport

Duti eksport terdiri daripada cukai am atau spesifik ke atas barang atau perkhidmatan yang mesti dibayar apabila barang meninggalkan wilayah ekonomi atau apabila perkhidmatan diberikan kepada bukan residen; keuntungan daripada monopoli eksport dan cukai kesan daripada pelbagai kadar pertukaran tidak dimasukkan.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
duti import

Ukuran muktamad diperoleh daripada laporan tahunan Jabatan Akauntan Negara dan ia digunakan untuk anggaran tahunan. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia memberikan akaun bulanan dari rekod pentadbiran mereka dan ia digunakan untuk anggaran bagi tahun yang terbaru. Duti import pada harga semasa dideflasi dengan menggunakan IHPR yang berkaitan untuk mendapatkan duti import pada harga malar.

Sumber : Akaun Keluaran dan Perbelanjaan Negara Tahunan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP