Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.
Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb
Cukai ke atas produk, tidak termasuk cukai nilai ditambah (VAT), cukai import dan eksport, yang terdiri daripada cukai ke atas barangan dan perkhidmatan yang mesti dibayar sebagai kesan daripada pengeluaran, penjualan, pindahan, pajakan, atau penghantaran barang atau perkhidmatan itu, atau sebagai kesan penggunaannya bagi penggunaan sendiri atau pembentukan modal persendirian.
Cukai ke atas tanah, bangunan atau struktur lain terdiri daripada cukai yang mesti dibayar secara regular, kebiasaannya pada setiap tahun, bersangkutan dengan penggunaan atau pemilikan tanah, bangunan atau struktur lain yang digunakan oleh enterpris dalam pengeluaran, sama ada enterpris tersebut memiliki atau menyewa aset tersebut.
Cukai ke atas transaksi antarabangsa terdiri daripada cukai ke atas perjalanan ke luar negara, pengiriman wang asing, pelaburan asing, dll. kecuali yang mesti dibayar oleh pengeluar (seperti cukai yang mesti dibayar oleh pengeluar sebagai sebahagian daripada cukai ke atas pengeluaran sementara yang mesti dibayar oleh bukan pengeluar adalah sebahagian daripada cukai semasa yang lain).
Secara tradisional, cukai tidak langsung adalah cukai yang sepatutnya boleh dipindahkan, keseluruhan atau sebahagian kepada unit institusi lain dengan meningkatkan harga barang atau perkhidmatan yang dijual.
Bilangan maksimum spesies yang boleh disokong di sesuatu kawasan, atau biojisim maksimum yang boleh dikekalkan berterusan. Daya muat membawa bagi setiap spesies berbeza didalam habitat oleh kerana makanan, perlindungan, dan keperluan sosial yang tertentu dan kerana persaingan dengan spesis lain yang kemungkinan ada keperluan yang sama. Percubaan telah dibuat untuk menggunakan analisis daya muat membawa kepada manusia dalam kawasan yang tertentu.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-