SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

cukai ke atas pendapatan syarikat

Cukai ke atas pendapatan syarikat terdiri daripada cukai pendapatan syarikat, cukai keuntungan syarikat, cukai tokok, dll.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai ke atas pengeluaran

Cukai ke atas pengeluaran terdiri daripada cukai yang mesti dibayar ke atas barang dan perkhidmatan apabila ia dikeluarkan, dihantar, dijual, dipindahkan atau sama ada dilupuskan oleh pengeluar tambah cukai lain ke atas pengeluaran, terdiri daripada terutamanya cukai ke atas pemilikan atau penggunaan tanah, bangunan atau aset lain yang digunakan dalam pengeluaran atau atas pekerja yang diupah, atau pampasan pekerja yang dibayar.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai ke atas penggunaan aset tetap

Cukai ke atas penggunaan aset tetap termasuk cukai yang dilevi secara berkala ke atas penggunaan kenderaan, kapal, pesawat atau jentera atau kelengkapan lain yang digunakan oleh enterpris bagi tujuan pengeluaran, sama ada aset tersebut dimiliki atau disewa.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai ke atas perkhidmatan tertentu

Cukai ke atas perkhidmatan tertentu terdiri daripada semua cukai yang dinilai ke atas bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti cukai ke atas pengangkutan, komunikasi, insurans, pengiklanan, perhotelan atau penginapan, restoran, hiburan, perjudian dan loteri, acara sukan, dll.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai ke atas produk

Cukai ke atas produk, tidak termasuk cukai nilai ditambah (VAT), cukai import dan eksport, yang terdiri daripada cukai ke atas barangan dan perkhidmatan yang mesti dibayar sebagai kesan daripada pengeluaran, penjualan, pindahan, pajakan, atau penghantaran barang atau perkhidmatan itu, atau sebagai kesan penggunaannya bagi penggunaan sendiri atau pembentukan modal persendirian.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP