SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

bukan residen

Bukan residen merujuk kepada individu, syarikat atau institusi yang tinggal, atau berada/beroperasi di negara luar Malaysia.

Sumber : Statistik Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa
cari gali mineral

Cari gali mineral terdiri daripada nilai perbelanjaan dalam cari gali petroleum dan gas asli dan untuk deposit bukan petroleum.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai

Di dalam perakaunan negara, cukai dinyatakan dalam dua bentuk iaitu:
a) CUKAI TIDAK LANGSUNG

Cukai tidak langsung dianggap sebagai kos pengeluaran, di mana ia adalah   sebahagian daripada komponen nilai ditambah. Oleh itu, cukai tidak langsung perlu ditambah pada nilai barangan dan perkhidmatan. Cukai tidak langsung termasuk cukai jualan, cukai nilai ditambah, duti eksais, cukai pintu dan lain-lain.
b) CUKAI LANGSUNG
Cukai langsung ialah cukai ke atas keuntungan atau pendapatan, di mana ia merupakan pengagihan semula pendapatan dari sektor swasta kepada sektor kerajaan dan bukan dalam bentuk kos pengeluaran. Dalam konteks Malaysia, cukai pendapatan merupakan cukai langsung yang paling utama.
 

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai dan duti ke atas import

Cukai dan duti keatas import, tidak termasuk cukai nilai ditambah (VAT), yang terdiri daripada cukai ke atas barangan dan perkhidmatan yang menjadi mesti dibayar pada waktu apabila barang melintasi sempadan negara atau kastam bagi kawasan ekonomi atau apabila perkhidmatan disampaikan oleh pengeluar bukan residen kepada unit institusi residen.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
cukai ke atas hiburan

Cukai ke atas hiburan terdiri daripada sebarang cukai yang mana dilevi secara khas ke atas hiburan itu sendiri (seperti tiket kemasukan) dan yang mana bukan sebahagian skop cukai yang lebih luas seperti cukai nilai ditambah (VAT).

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP