SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

upah dan gaji dalam bentuk tunai

Upah dan gaji dalam bentuk tunai terdiri daripada upah dan gaji yang mesti dibayar tetap secara mingguan, bulanan, atau jarak tertentu di antaranya, termasuk bayaran dengan kesan dan bayaran kerja upah; tambah elaun mereka yang bekerja lebih masa; tambah amaun yang dibayar kepada pekerja yang tidak berkerja untuk bercuti; tambah bonus ad hoc dan bayaran yang serupa; tambah komisyen, ganjaran dan tip yang diterima oleh pekerja.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
viral hepatitis A

Penyakit akut biasanya termasuk deman, dedar, keletihan melampau, anoreksia, loya, jaundis akut dan kuadran atas kanan abdomen dengan pertambahan lebihan alanine aminotransferase melebihi 2.5 kali kadar biasa.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
volum

Volum merupakan berat bersih atau ukuran lain bagi barangan itu, tidak termasuk kontena. Jika satu-satu barangan itu terdiri daripada pelbagai jenis yang mana satu unit ukuran am tidak boleh digunakan, maka hanya nilai sahaja yang ditunjukkan.

Sumber : Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Bulanan
waktu merekod

Transaksi antara unit institusi perlu direkodkan semasa tuntutan dan kewajipan timbul, diubah atau dibatalkan - iaitu, berdasarkan terakru.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
waktu perolehan

Waktu pada mana barang dan perkhidmatan diperoleh ialah apabila perubahan dalam pemilikan berlaku atau penghantaran perkhidmatan telah siap.

Sumber : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP