SELAMAT DATANG KE PORTAL DYNAWEB

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Glossari

Senarai glossari berkaitan dengan Dynaweb

biota

Semua jenis tumbuhan dan haiwan yang hidup yang terdapat di sesuatu kawasan.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
blok penghitungan

Blok Penghitungan (BP) ialah suatu kawasan muka bumi yang diwujudkan secara rekaan dan mempunyai sempadan tertentu. Secara purata, satu BP mengandungi antara 80 hingga 120 tempat kediaman dengan anggaran penduduk seramai 500 hingga 600 orang.
 

Sumber : Penyiasatan Penilaian Liputan Banci
buangan terjadual

Merupakan buangan toksid dan berbahaya yang dihasilkan oleh industri,pertanian,bengkel,kontraktor buangan terjadual,aktiviti domestik dan buangan klinikal dari hospital. Kategori sisa adalah yang tersenarai dalam Jadual Pertama Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar
bukan migran

Penduduk yang tempat tinggal biasanya sama pada kedua-dua tarikh rujukan, atau mereka yang berhijrah dalam dalam unit lokaliti yang sama.

Sumber : Laporan Penyiasatan Migrasi Malaysia
bukan residen

Bukan residen merujuk kepada individu, syarikat atau institusi yang tinggal, atau berada/beroperasi di negara luar Malaysia.

Sumber : Imbangan Pembayaran Suku Tahunan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2022 DYNAWEB4 & DYNAPortal
TOP